Tuesday, January 13, 2009

Resepi

Di sini saya akan sediakan beberapa jenis resepi yang pernah saya cuba dan hasilnya pasti tidak mengecewakan anda semua. Ia resepi yang saya hasilkan dari idea saya sendiri. Saya harap anda semua dapat mencubanya di rumah. Kalau sedap bagitau saya. Kalau tak sedap diam-diam je tau....

Resepi Tom Yam

Bahan-Bahan:-

Ayam / daging / sotong / udang
Tom Yam Paste
Lada Kecil (Ditumbuk)
Bawang Merah (Ditumbuk)
Halia (Ditumbuk)
Serai(Ditumbuk)
Tomato
Limau Kasturi / Nipis
Daun Limau Purut
Kobis Bunga
Kobis
Cendawan
Putik Jagung
Lobak Merah

Cara-caranya :-

Bahan yang ditumbuk perlulah ditumis dahulu sehingga garing dan masukkan perencah paste tom yam serta ayam / daging / sotong / udang. Masukkan air dan setelah air mendidih masukkan sayur-sayur yang dipotong. Masukkan tomato, limau kasturi / nipis biarkan semua serasi dan barulah ditutup api. Biarkan sebentar dan bolelah dihidangkan. (lagi masam lagi sedap)

Rendang Ayam / Daging

Bahan-Bahan :-

Ayam / Daging
Bahan A
Lada Kering
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Lengkuas
Serai
Jintan Manis
Jintan Putih
Ketumbar
Daun Kunyit
Bahan B
Santan
Kerisik
Daun Kunyit

Cara-caranya :-

Bahan A dikisar dan ditumis sehingga naik bau. Selepas itu masukkan ayam / daging. Tunggu sehingga empuk dan masukkan santan serta kerisik. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Selepas itu tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Kek Coklat

Bahan-Bahan :-

Bahan A (Blender)
Susu 1 Cawan
Gula 1 Cawan
Minyak 1 Cawan
Telur 4 Biji
Bahan B
Tepung Gandum
1 Sudu Kecil Soda
1 Sudu Kecil Baking
1 Cawan Serbuk Koko
1 Cawan air panas

Cara-caranya :-

Bahan A diblender dan dimasukkan ke dalam bekas. Masukkan tepung gandum, soda, baking powder, serbuk koko dan akhir skali masukkan air panas. Kukus selama 45 minit.