Sunday, June 12, 2011

Timun Betik

Semalam hari ahad, kakak balik dari johor. Bawalah balik buah timun betik. Buah ni selalu ada jual di tepi jalan nak menghala pekan. Masa zaman sekolah & bujang tran tang tang kalau balik johor mesti mak singgah beli buah ni. Masa tu pula zaman puasa wow bestnya teringat kenangan dulu-dulu. Sedapnya dah lama tak makan buah timun betik. Cara nak makannya senag jer. Timun betik dibuang kulit dan isinya dipotong kecil-kecil. Letakkan santan dalam bekas, masukkan gula, garam sikit dan letak ais. Akhir sekali masukkan timun betik.Kacau rata dan bolehla diminum. Sapa yang tak pernah tengok buah timun betik boleh tengok kat bawah ni ye.

Pulau Langkawi

Wow teruja sangat nak pegi langkawi.kali terakhir pegi masa zaman sekolah rendah. Masa tu manalah tau apa sangat. Ni dah dapat tiket air asia murah apa lagi seronoklah. 23hb52011-25hb52011 tarikh keramat percutian ke langkawi. Fligt saya ke sana pada pukul 10.20 dan dijangka sampai pada pukul 11.45. Flight sampai awal 10 minit. Kejap aje. Sampai airpot langkawi asben cari kereta sewa. Setelah discuss slama 15 minit, asben pn amik viva dengan harga RM120 utk 3h 2m. Sepanjang kami berada di langkawi, Viva itula akan bawa kami meronda. Setiba di pantai Cenang kami pun pusing-pusing dulu sbb nak check in awal lagi. Saya booking Federal Villa. Harga utk staff gov cuma RM110.00 utk 3h 2 m. Sangat murah tp bkn seaview sedikit menyesal sbb tak ada apa pn yang dipandang. Cuma mengadap pokok dan ada cam 1 longgok pasir huh takde kuasa nak pandang. Masa kat pantai Cenang singgah makan nasi tengah hari kat 1 kedai ni tak ingat nak nama ape. Kat kedai tu ada nasi lemak, aik tengah hari pun ada lagi nasi lemak bungkus. Rupanya bila diamati memang kebanyakkan kedai makan ada nasi lemak tak kira petang atau malam. Ingatkan sebab tak abis. Petang tu selepas check in kami pegila ronda-ronda kat town kuah. Saja nak survey harga & barang-barang. Malam tu bungkus nasi goreng makan kat bilik je sebab dah letih sangat. Esok pagi kami ke pekan kuah lagi nak beli barang siap-siap sebab asben cakap petang kita tak pegi dah ke town kuah. Banyak lagi tempat nak pegi. Pagi tu tempat yang pertama pegi adalah kedai makan di bangunan pekan rabu. Cuma pegi makan je tak ronda pun dalam tu sebab awal sangat lagi. Sesudah makan kami ke dataran lang untuk bergambar. Tak sah rasanya kalau tak sampai kat situ. Dah lepas berpeluh bergambar kami ke kedai Haji Ismail Group cari kain batik & kain pelikat ole-ole untuk mak ayah dan mak ayah mertua. Coklat pula kami shopping di satu bangunan yang tak ingat namanya. Selepas shopping coklat saya ajak asben naik cable car. Teringin sangat nak naik. Asben pun kata ok so kami pun terus ke sana. Sampai kat sana beli tiket. Tiketnye agak mahal juga dalam RM80 untuk 3 orang. Masa mula-mula naik tak adala seram sangat. Nasib si damia tak menangis nak turun kalau tak, tak tau nak buat macam mana. Bila dah pertengahan dah rasa seram sejuk, gayat semua. Naik cable car kt genting tak macam ni. Fuh giler tinggi. Tak menghayati sangat pemandangan sebab asyik tutup mata. Saya turun di pit stop Cable car yang pertama. Dah ajak asben turun seban dah seram sangat & takut giler. Asben tak nak turun, dia cakap rugi kalau turun. Adus tak kan nak turun sorang lagi takut. So dh lepas lega & tenteram sikit, kami pn sambung naik kt satu lagi kemuncak yang tertinggi. Lepas amik gambar kami pun turun. Bila dah turun terasa kelegaan sikit. Tak akan naik lagi gunung mat cincang. Cukupla kali pertama dan terakhir. Lepas balik dari gunung mat cincang singgah kejap makan pasembor tepi laut. Memang bestla tapi sayang nak minum cendol pulut tapi tak ada la pula. Minum air cincau jer. Asben pula minum teh o & laksa kedah si damia pula makan kek. Memang bestla dapat makan tepi pantai macam tu sekali-sekala. Dah siap makan kami balik ke bilik untuk berehat. Dah separuh hari berjalan. Malam tu pula kami memusing cari tempat makan yang murah dan sedap, nasib kami memang baik ada jumpa 1 tempat makan. Tak ingat kedainya. Kedai tom yam. Malam tu kami order nasi putih 3, sup campur, sayur campur, telur dadar dan sotong 3 rasa harganya cuma RM18. jer termasuk air. Keesokan harinya kami nak balik dah. flight dalam pukul 11.45. Masa tu tak ramai orang lagi. Dah dekat kul 10 lbh dah mula ramai. Memang ramai pelancong dari india. Nasib saya dah check in awal tak adala nak bersesak sangat dengan diaorang. Masa balik tu hujan turun dengan lebatnya. Nasib nak sampai dah. Kenala juga hujan masa nak masuk dalam airpot. Saya pegi dan balik naik erl dari putrajaya. Erl sampai ke salak tinggi & lepas tu naik bas pula ke lcct sepang. Tambang erl tak adalah mahal sangat. Balik rumah terbaring keletihan. Tamat percutian saya....tapi kalau nak pegi langkawi lagi, nak pegi 4 ari sebab banyak lagi tempat tak pegi Makam mahsuri, tasik dayang bunting, pulau beras basah & banyakla lagi tempat tak pegi. Rugi-rugi.

Wednesday, June 01, 2011

Fun Fair





Ni la kali pertama pegi fun fair kat putrajaya. Seronok juga sebab ada aktiviti malam kt putrajaya. Mainannya tak ada la banyak sangat tp bolela. Damia paling seronok. Macam-macam damia naik kudala keretapi la. Damia naik sorang je, nasib damia jenis tak takut. Kalau dah pergi sana damia macam dah tak nak balik. Dah 3 kali bawa damia pegi fun fair terbaru semalam (1/6/2011). Saya pun nak juga cuba naik buai pusing. Apa nak kata turun terus pening sebab buai laju sangat lama pula tu. Pening sangat. Turun je my sister tegur "muka awak pucat". Saya dengan berpeluh dan pening minta kunci kat asben nak duduk dalam kareta sebab pening sangat. Balik je kat rumah terus berlari ke toilet dan terkluarla isi perut semua. Damia menjadi saksi saya mun......Fuh dari sebelum kahwin dulu memang suka pergi fun fair. Rumah hantu dan semua mainan yang mencabar saya cuba inilah kali pertama saya mun.. sebab mainan yang macam tu. Menyesal sungguh naik. Yang pasti lepas ni sorry la tak akan naik lagi dan kepada sesiapa tu jaga-jagala ye kalau nak naik. Yang betul-betul tahan je bole naik.

Vantage Idaman Kalbu

Akhirnya dapat juga nak merasa beli pinggan dan cawan vantage. Harga memang agak mahal tapi disebabkan minat pejamla mata skit. Saya beli set cawan minum pagi, set cawan minum sejuk dan set pinggan mangkuk. Suka sangat tengok bunga kat cawan n pinggan almaklumla bunga english style. okla tu dapat juga merasa nak minum dalam cawan tu tp tak dela saya nak gunakan sentiasa. Saya simpan dalam almari cuma kalau masa-masa tertentu je baru guna.

Kasut Oh Kasut

Macam-macam jenis kasut yang ada di pasaran tak kira mahal ataupun murah. Saya pula jenis tak kisah walaupun kasut tu murah janji sedap pakai. Kadang-kadang kasut yang mahal belum tentu akan tahan lama dan yang murah belum tentu cepat rosak. Cuma kita perlula menjaga sebaik mungkin jangan main pakai je tapi tak jaga. Saya dari sebelum kahwin lagi memang suka beli kasut. Tak terkirala banyaknya. Ada yang yang tahan lama dan ada juga saya beli tapi tak pakai pun sebab malu. Mana tak malunya kalau kasut tu over sangat kena berbelit-belit kat kaki. Mula-mula beli rasa ok tapi bila nak pakai malula pula. Oleh itu kenala buat pilihan yang betul sama ada kita selesa atau tidak di kemudian hari.