Sunday, November 29, 2009

Sukanya cite ni......

Sekang cite EASY FORTUNE HAPPY LIFE tgh hangat ditayangkan kt 8tv kul 8.30pm every monday-friday. best sangat cite ni. teringat zaman cintan-cintun dulu walau xde kene mengena pn dengan hidup saya tp jalan cite dia memang best. rugi kalu x tengok.

sipnosisnye cmni :-

Yan Da Feng (Lan Cheng Long) merupakan seorang jejaka yang angkuh, pemarah dan ego. Cucu kepada pemilik syarikat farmaseutikal Ba Bao Tang ini tidak menerima keputusan datuknya yang telah menjodohkan dia dengan seorang gadis kampung bernama Xie Fu An (Chen Qiao En).Dia juga sanggup melakukan apa saja asalkan dapat memiliki empayar perniagaan datuknya meskipun dengan cara kotor.Xie Fu An tinggal dengan adik lelakinya di kaki gunung dan belajar perubatan herba daripada neneknya. Satu hari Xie Fu An telah berjaya menyembuhkan penyakit datuk Yan Da Feng. Disebabkan terhutang budi, datuknya telah menjadikan gadis itu sebagai tunang cucu lelakinya. Tujuannya agar Xie Fu An dapat menyembuhkan penyakit marah cucunya. Kehadiran gadis kampung itu telah berjaya melembutkan hati Da Feng. Dia akhirnya sedar dia telah jatuh cinta kepada gadis yang pernah dipandang rendah dahulu. Namun dia terpaksa bersaing dengan Han Dong Jie (Roy Qiu[ensem giler dia ni dahla baik plak tu]) dalam merebut cinta Xie Fu An. Siapakah yang akan dipilih Xie Fuan? Da Feng atau Dong Jie?


Ada satu lg cite yg melekat kt hati saya. Coffee Prince. cite ni mmng best giler. cite ni berkisarkan sorang tomboi yg cute dan seorang lelaki ensem iaitu majikan kepada tomboi ni. nnti saya cri sipnosis ek. tngguuuu....