Sunday, April 17, 2011

Hidangan Di Hari Minggu

Sabtu 16/04/2011 terasa nk mkn kari la plak lgpn asben ckp buatla kari cm gulai kawah (amboi permintaan) takpela demi asben tershinta no hal la tu, lg pn mmng suka masak, masa cti la nk masak sedap-sedap utk en hubby tershinta & doter tersyg.kalau boleh nk bg penuh meja makan dgn makanan. so kali ni nk try kari yg tak letak santan style kedai mamak pnyer.sedap jgk n tak muak sbb tak de santan.


~kari daging masih di dalam periuk~



~ kari daging yg sudah siap dimasak. mkn bersama nasi, sayur tp (pic sayur tak ada).hehehe...sambal tempoyak dan ulam pegaga (pn tak de pic, malu katenye nk msuk dlm blog ni,x glemer) kari ni juga boleh dimkn dgn roti ataupun lempeng~

~Kari Daging~

Bahan-bahan :-
Daging / Ayam
Rempah Kari Baba's (mengikut kepada daging)
Air sedikit (untuk dibancuh dengan rempah kari)
Air Asam Jawa
Cili Kering
Bawang Merah (Tumbuk/blender)
Bawang Putih(tumbuk/blender)
Halia(tumbuk/blender)
Bawang Merah (hiris)
Bawang Putih(hiris)
Halia(hiris)
Daun Kari
Kentang
Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Cengkih
Buah Pelaga

Cara-caranya :-

Tumis bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris dan ditumbuk bersama kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang. Tumiskan sekali daun kari. Dah agak garing masukkan cili kering. Bila dah naik minyak / pecah minyak masukkan rempah kari baba's daging yang dibancuh td. Dah sebatikan masukkan daging dan kentang serta air asam jawa.tutup periuk bagi sampai daging dan kentang empuk. (Kalau nak letak santan pun boleh. Ikut citarasa masing-masing. Kalau tak nak cepat muak tak perlu letak santan.)


~ Agar-agar roti~


~ (Resepi dr emak tp oleh kerana kekurangan bahan so saya terpksala ikt resepi sndiri + resepi emak kesayangan.sedap juga (puji diri sndiri nmpak)cuma kurang manis sahaja:-~

Bahan-bahan :-
Agar-agar 20 gram
Air 3 gelas kecil
Gula dalam 5 sudu besar nak manis letak lebih
Roti 3 keping
(resepi mak 4 keping)
Telur sebiji
(resepi mak tak letak telur)
Susu dalam 5 sudu besar bancuh dalam air 1 cawan
(resepi mak letak susu cair 1 tin)
pewarna pilihan (saya pilih pewarna hijau epal dan sirap)

Cara-caranya :-

Rebus agar-agar bersama gula sehingga agar-agar cair. Blender susu yg dibancuh dengan air bersama roti dan telur sebiji.Selepas agar-agar cair masukkan roti yg telah diblender td. kacau sebati dan letakkan di dalam bekas. bolehlah letakkan pewarna di atas agar-agar di dalam bekas mengikut kreativiti. tunggu agar-agar keras baru boleh dipotong. sekian terima kasih.