Sunday, June 12, 2011

Pulau Langkawi

Wow teruja sangat nak pegi langkawi.kali terakhir pegi masa zaman sekolah rendah. Masa tu manalah tau apa sangat. Ni dah dapat tiket air asia murah apa lagi seronoklah. 23hb52011-25hb52011 tarikh keramat percutian ke langkawi. Fligt saya ke sana pada pukul 10.20 dan dijangka sampai pada pukul 11.45. Flight sampai awal 10 minit. Kejap aje. Sampai airpot langkawi asben cari kereta sewa. Setelah discuss slama 15 minit, asben pn amik viva dengan harga RM120 utk 3h 2m. Sepanjang kami berada di langkawi, Viva itula akan bawa kami meronda. Setiba di pantai Cenang kami pun pusing-pusing dulu sbb nak check in awal lagi. Saya booking Federal Villa. Harga utk staff gov cuma RM110.00 utk 3h 2 m. Sangat murah tp bkn seaview sedikit menyesal sbb tak ada apa pn yang dipandang. Cuma mengadap pokok dan ada cam 1 longgok pasir huh takde kuasa nak pandang. Masa kat pantai Cenang singgah makan nasi tengah hari kat 1 kedai ni tak ingat nak nama ape. Kat kedai tu ada nasi lemak, aik tengah hari pun ada lagi nasi lemak bungkus. Rupanya bila diamati memang kebanyakkan kedai makan ada nasi lemak tak kira petang atau malam. Ingatkan sebab tak abis. Petang tu selepas check in kami pegila ronda-ronda kat town kuah. Saja nak survey harga & barang-barang. Malam tu bungkus nasi goreng makan kat bilik je sebab dah letih sangat. Esok pagi kami ke pekan kuah lagi nak beli barang siap-siap sebab asben cakap petang kita tak pegi dah ke town kuah. Banyak lagi tempat nak pegi. Pagi tu tempat yang pertama pegi adalah kedai makan di bangunan pekan rabu. Cuma pegi makan je tak ronda pun dalam tu sebab awal sangat lagi. Sesudah makan kami ke dataran lang untuk bergambar. Tak sah rasanya kalau tak sampai kat situ. Dah lepas berpeluh bergambar kami ke kedai Haji Ismail Group cari kain batik & kain pelikat ole-ole untuk mak ayah dan mak ayah mertua. Coklat pula kami shopping di satu bangunan yang tak ingat namanya. Selepas shopping coklat saya ajak asben naik cable car. Teringin sangat nak naik. Asben pun kata ok so kami pun terus ke sana. Sampai kat sana beli tiket. Tiketnye agak mahal juga dalam RM80 untuk 3 orang. Masa mula-mula naik tak adala seram sangat. Nasib si damia tak menangis nak turun kalau tak, tak tau nak buat macam mana. Bila dah pertengahan dah rasa seram sejuk, gayat semua. Naik cable car kt genting tak macam ni. Fuh giler tinggi. Tak menghayati sangat pemandangan sebab asyik tutup mata. Saya turun di pit stop Cable car yang pertama. Dah ajak asben turun seban dah seram sangat & takut giler. Asben tak nak turun, dia cakap rugi kalau turun. Adus tak kan nak turun sorang lagi takut. So dh lepas lega & tenteram sikit, kami pn sambung naik kt satu lagi kemuncak yang tertinggi. Lepas amik gambar kami pun turun. Bila dah turun terasa kelegaan sikit. Tak akan naik lagi gunung mat cincang. Cukupla kali pertama dan terakhir. Lepas balik dari gunung mat cincang singgah kejap makan pasembor tepi laut. Memang bestla tapi sayang nak minum cendol pulut tapi tak ada la pula. Minum air cincau jer. Asben pula minum teh o & laksa kedah si damia pula makan kek. Memang bestla dapat makan tepi pantai macam tu sekali-sekala. Dah siap makan kami balik ke bilik untuk berehat. Dah separuh hari berjalan. Malam tu pula kami memusing cari tempat makan yang murah dan sedap, nasib kami memang baik ada jumpa 1 tempat makan. Tak ingat kedainya. Kedai tom yam. Malam tu kami order nasi putih 3, sup campur, sayur campur, telur dadar dan sotong 3 rasa harganya cuma RM18. jer termasuk air. Keesokan harinya kami nak balik dah. flight dalam pukul 11.45. Masa tu tak ramai orang lagi. Dah dekat kul 10 lbh dah mula ramai. Memang ramai pelancong dari india. Nasib saya dah check in awal tak adala nak bersesak sangat dengan diaorang. Masa balik tu hujan turun dengan lebatnya. Nasib nak sampai dah. Kenala juga hujan masa nak masuk dalam airpot. Saya pegi dan balik naik erl dari putrajaya. Erl sampai ke salak tinggi & lepas tu naik bas pula ke lcct sepang. Tambang erl tak adalah mahal sangat. Balik rumah terbaring keletihan. Tamat percutian saya....tapi kalau nak pegi langkawi lagi, nak pegi 4 ari sebab banyak lagi tempat tak pegi Makam mahsuri, tasik dayang bunting, pulau beras basah & banyakla lagi tempat tak pegi. Rugi-rugi.